Matlamat
PHS ditubuhkan untuk membantu para pesakit buah pinggang mendapat rawatan dialisis yang terbaik. PHS dipelopori oleh sekumpulan pengurusan dan kakitangan yang profesional serta berpengalaman luas. Kami mengorak langkah untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan masyarakat yang mengalami masalah penyakit kegagalan fungsi buah pinggang diberi rawatan, kaunseling dan khidmat sokongan yang sewajarnya, supaya dengan itu mereka boleh menjalani kehidupan secara normal dengan sebaik mungkin.
Misi
PHS mahu memberikan perkhidmatan terbaik, berdedikasi serta professional.
Visi
PHS memikul komitmen yang tinggi dalam membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan ummah melalui penyediaan rawatan dialisis yang terbaik. Kami akan memastikan kepuasan pelanggan dicapai melalui penggunaan teknologi rawatan yang terkini dan penyediaan perkhidmatan sokongan yang berkualiti.
Moto
| Sentosa | Gaya | Kualiti | Unggul |