P   U   S   A   T           H   E   M   O   D   I   A   L   I   S   I   S           S   E   N   T   O   S   A

Gula

Gula adalah kumpulan karbohidrat yang dicerna untuk dijadikan tenaga kepada tubuh badan.


Terdapat 2 jenis gula

  1. Gula Semulajadi - dalam makanan seperti buah-buahan
  2. Gula Tambahan - gula yang ditambah ke dalam makanan dan minuman meningkatkan kualiti rasa atau warna.


Pengambilan gula secara berlebihan antaranya menyebabkan peningkatan berat badan, risiko tinggi mendapat penyakit, dan memberi kesan kepada gigi.

Orang dewasa yang tidak aktif sepatutnya menghadkan pengambilan gula tidak melebihi 50 gram sehari. Gula tersembunyi sering wujud sebagai gula tambahan seperti di dalam kek, biskut, sos, kuih muih, minuman, buah-buahan kering serta makanan dan minuman terproses lain.

Berusahalah untuk mengetahui kandungan gula yang diambil untuk mencegah sebarang komplikasi