P   U   S   A   T           H   E   M   O   D   I   A   L   I   S   I   S           S   E   N   T   O   S   A

Fosforus dan Tulang

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan jisim dan struktur tulang. Terdapat beberapa fungsi buah pinggang antaranya:

  1. Seimbangkan jumlah kalsium dan fosforus di dalam darah.
  2. Mengeluarkan fosforus yang berlebihan
  3. Aktifkan Vitamin D kepada "Calcitriol", supaya boleh digunakan oleh tulang. 

Namun, apa akan terjadi apabila buah pinggang anda rosak?

Buah pinggang yang rosak tidak dapat singkirkan fosforus yang berlebihan didalam darah dan akan berhenti aktifkan Vitamin D.

Ini akan menyebabkan fosforus tinggi di dalam darah, seterusnya badan akan mula menarik kalsium dari tulang, dalam usaha untuk seimbangkan dengan jumlah fosforus didalam darah. Keadaan ini menyebabkan tulang akan kekurangan kalsium dan mula menipis.

Selain itu, apabila buah pinggang rosak, kelenjar paratiroid yang terletak di leher, melepaskan lebih "parathroid hormone (PTH)" ke dalam darah untuk memindahkan kalsium dari tulang. Tetapi tindak balas ini juga menyebabkan tulang rapuh. 

Kesimpulannya, sangat penting untuk anda kawal pengambilan makanan yang tinggi fosforus.

Sumber: Nisa Dietitian