Anemia merupakan masalah yang kerap berlaku kepada pesakit dialisis akibat daripada komplikasi kegagalan ginjal.
Erythropoietin (EPO) yang dihasilkan oleh ginjal mendorong sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah.Jika fungsi ginjal menurun, jumlah EPO yang terhasil akan berkurangan.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan anemia adalah seperti berikut ;
- Jangka hayat sel darah merah yang pendek disebabkan oleh toksik urea.
- Malnutrisi
- Kekurangan zat besi
- Kekurangan zat folate dan vitamin lain
- Kehilangan darah semasa dialisis
Tips untuk mencegah anemia
Pengambilan protein, zat besi, vitamin C, vitamin B12, dan folat yang mencukupi adalah penting untuk mencegah dan merawat anemia kerana zat gizi merupakan elemen penting dalam penghasilan sel darah merah baru.
Rawatan anemia standard disebabkan kegagalan buah pinggang termasuk berikut:
- Ubatan agen perangsang erythropoiesis (ESAs): ESA bertindak seperti hormon semulajadi EPO, yang menggalakkan pengeluaran sel-sel darah merah.
- Venofer(Besi tambahan): Bahan penting untuk penghasilan ESA dlm badan.