P   U   S   A   T           H   E   M   O   D   I   A   L   I   S   I   S           S   E   N   T   O   S   A

7 Langkah Membasuh Tangan Yang Betul

Di dalam menjalani aktiviti seharian, banyak permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan inilah terdapat bakteria atau virus yang menjadi punca penyebab penyakit.

Tangan kita mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Lindungi diri dengan membasuh tangan selalu dengan menggunakan air dan sabun serta keringkan tangan sepenuhnya. Disarankan untuk membasuh tangan sekurang-kurangknya selama 20 saat.

Gunakan hand sanitizer jika tiada akses segera untuk mendapatkan air dan sabun.