Awasi saiz pinggang anda
Pengurusan berat badan yang berjaya ialah pilihan gaya hidup. Penurunan berat badan berlaku apabila anda membakar lebih banyak kalori daripada jumlah kalori dari makanan yang anda makan. Berhati-hatilah dengan produk yang dipasarkan sebagai bebas lemak – produk mungkin mempunyai kandungan gula dan sodium yang tinggi.Ketahui selanjutnya tentang jenis lemak dalam makanan anda. Klik di sini untuk mengetahui selanjutnya.
Jangan biarkan diabetes memberi anda kejutan
Sebagai pesakit diabetes, ia tidak bermaksud yang anda akan mendapat kegagalan ginjal. Kesihatan ginjal boleh terus dijaga selagi anda dapat menguruskan paras gula darah, menjaga tekanan darah anda dalam julat yang normal serta mengambil ubat-ubatan seperti yang ditentukan.Berikut adalah tip-tip untuk mengatasi pengambilan gula anda!
Kurangkan tekanan terhadap ginjal anda
Walaupun kita tidak boleh membendung keadaan ini, pemeriksaan berkala bagi tekanan darah anda dan pengurusan keadaan yang wajar boleh mengurangkan risiko anda untuk mengalami kegagalan ginjal.Pesakit hipertensi hendaklah kerap bersenam untuk mengekalkan berat mereka dalam julat yang sihat dan ini boleh merendahkan tekanan darah mereka.
Ketahui cara-cara untuk mengatasi pengambilan garam anda dan mengamalkan senaman untuk mengelak kegagalan ginjal.
Berhenti merokok untuk selamanya
Ginjal anda akan berterima kasih kepada anda kerana meninggalkannya. Aliran darah ke ginjal anda akan bertambah baik, memastikan bahawa nefron-nefron yang menjalankan tugas penting menapis sisa dari darah anda, dalam keadaan terbaik.Jika perlu pertimbangkanlah untuk berunding dengan doktor tentang kaedah berhenti dan / atau menjalani Terapi Penggantian Nikotin (NRT).
Hentikan pengambilan pil-pil
Mereka yang sudah mengalami penurunan fungsi ginjal, sedang mengalami penyakit jantung atau hipertensi, harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil NSAIDS kerana ubata NSAIDs boleh meningkatkan risiko penyakit ginjal. Jika anda seorang pengguna biasa atau kerap mengambil NSAIDS dan mengalami keadaan yang disebutkan di atas, anda boleh membuat ujian darah atau air kencing untuk memeriksa kadar fungsi ginjal anda.Ketahui sejarah kesihatan ahli keluarga anda
Mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit ginjal tidak bermaksud anda pasti akan mendapat penyakit ini. Walaupun kita tidak boleh mengubah genetik kita, kita boleh mendidik diri tentang kesihatan dan membuat pilihan yang baik agar faktor risiko keseluruhan dapat dikurangkan dari terkena penyakit ginjal.