Nefropati diabetes, juga dikenali sebagai penyakit ginjal diabetes, sering terjadi pada pesakit diabetes yang mempunyai kawalan lemah terhadap keadaan mereka. Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin. Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan/atau badan menentang insulin, paras glukosa darah kekal tinggi. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam ginjal, kerana nefron perlu bekerja lebih keras untuk menyaring darah. Lama-kelamaan, ginjal menjadi rosak dan hilang kemampuannya untuk menyaring.
Penyakit diabetes ialah penyebab utama kegagalan ginjal. 1 dari 3 orang mungkin menghadapi diabetes sepanjang hayatnya, dengan hampir separuh daripada mereka tidak menyedari keadaannya dan oleh itu, tidak dirawat.
Nefropati diabetes berlaku pada pesakit diabetes Jenis 1 dan Jenis 2. Kejadian tekanan darah tinggi pada pesakit diabetes adalah ramalan kuat untuk nefropati diabetes. Bagi mereka yang mempunyai nefropati diabetes, tekanan darah yang tidak terkawal akan merosakan dan mempercepatkan lagi perkembangan penyakit ini kepada CKD 5 atau kegagalan ginjal. Orang yang mempunyai sejarah nefropati diabetes dalam keluarga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keadaan ini.
Tanda-tanda dan Gejala: