Glomerulonefritis ialah keadaan apabila glomerulus, iaitu penapis halus di dalam ginjal, mengalami keradangan. Sekiranya tidak dirawat, ginjal mungkin rosak teruk sehingga kehilangan kapasiti penapisan sepenuhnya. Keadaan ini merupakan punca kegagalan ginjal paling biasa kedua selepas nefropati diabetes.
Sebab-sebab autoimun:
- Lupus:
- Penyakit autoimun ini boleh menyebabkan keradangan kronik di dalam ginjal dan bahagian badan yang lain
- Nefropati IgA:
- IgA ialah antibodi yang dihasilkan untuk melawan jangkitan. Jika terlalu banyak deposit protein IgA di dalam ginjal, ia boleh menyebabkan keradangan pada penapis ginjal dan merosakkan fungsinya.
- Sindrom Goodpasture:
- Ini adalah penyakit autoimun yang jarang berlaku, dan bila terjadi, sistem imun badan akan tersilap menyerang bahagian paru-paru dan ginjal.
Sebab jangkitan:
Sakit tekak atau jangkitan kulit yang tidak dirawat akibat bakteria Streptokokus boleh menyebabkan serangan glomerulonefritis yang parah secara mendadak.
Secara biasa, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan. Jangkitan yang tidak dirawat boleh merangsang penghasilan antibodi yang berlebihan. Apabila antibodi yang berlebihan itu tersimpan di dalam penapis ginjal, ia boleh menyebabkan keradangan lalu membawa kepada glomerulonefritis.
Tanda-tanda dan Gejala: